Thursday, 28 June 2012

Birthday My Sayang

As-Salam..

Semalam birthday my hubby tapi tak dapat nak sambut pun sebabnya semalam saya demam. Bersin tak henti² pastu meleleh je hingus tu. Rimas betul.. Kerja pun setengah hari je. Tapi takpelah, dugaan orang mengandung camni lah. Saya redha demi baby tersayang. Jadi, baru hari ni saya dapat belanja dia dinner. Alhamdulillah, memang terserlah muka happy dia.. InsyaAllah saya akan buat dia tersenyum hari² camni sampai bila² :) Sebab bila dia  happy maka saya pun happy..bila mama happy, baby dalam perut pun ikut happy..

Jadi, lagu tema kita hari ni ialah, ♫ you are happy, i am happy, we are happy, happy..happy...♫♪ - lagu Abg Jem..haha.

"baby mama, hari ni kita layan Chili's ok..kita makan lamb shoulder..yeay!!"

Birthday Boy :)

starter

hubby punye...

mine..tak habis pun sebab tak boleh makan kambing banyak sgt..nanti baby panas.

mama kasi jeling sikit...hihi


Butterflies in My Tummy :)



Hai, anak mama...buat ape tu??


Wednesday, 27 June 2012

Asmaul Husna

Terima kasih Atiqah Tahar sebab bersusah payah mendownload & email kepada saya Asmaul Husna dan beberapa zikir buat hafalan & bacaan depan PC ofis nih..Maklum lah kat ofis saya nih kalau download² ni semua dah tak boleh dah..dah kena block katenye..huh!

Tak apelah, bersyukur sungguh ada kawan yang sorang nih..boleh juga diharapkan...Thanks, yang..mmuahhh..




Monday, 25 June 2012

27 Jun datang lagi!!!

As - Salam

Alahmakkkk...lusa birthday hubby...

Ape nak bagi ni???

Nak belanja dinner ke nak masak???

malam ni dah start kena berfikir secara serius ni...haihh..



2nd Trimester :)

As - Salam..

Semalam (Ahad) genaplah usia kandungan saya 14 minggu..Jadi, ini bermakna saya sudah mula memasuki ke trimester kedua..Alhamdulillah..dan yang seronoknya baby sudah sebesar lemon..rasa tak sabar pulak nak tunggu dia terus membesar sampai sebesar labu..(tak dapat nak bayangkan macam mana saya membawa perut nanti) hihi..

Jadi, hari ni, saya dan suami bercadang nak pergi ke klinik untuk scan...sebelum ni pernah pergi scan masa usia kandungan 8 minggu. tapi hampa sebab tak nampak apa²..jadi, harap² kali ni adelah rezeki kami..Aamiin..

(sebenarnya malam td, saya bermimpi saya ke klinik untuk scan baby saya..sebab tu hari ni bersemangat betul nak pergi..semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya)

Daaa..take care!

Saturday, 23 June 2012

Friday, 22 June 2012

Boleh Ka Tak Boleh??

As-Salam, 


Malam ni saje-saje try seluar jeans yang dah agak bertahun tak dapat nak pakai.. Sebenarnya dulu badan besar sikit dari sekarang, bila dah kurus mengering tersimpan jelah dalam almari tu tak dapat nak pakai sebab jeans dah makin membesar (ade pulak camtu kan?) 


So, tadi saje try memandangkan berat badan dah naik sikit (sikit je), mane la tau muat pulak kan, sebab seluar jeans yang biase saya pakai tu dah memang tak boleh nak pakai..saya ni memang suka pakai jeans. jadinye bila dah lama tak pakai tu terasa rindu gile nak pakai..cari jeans untuk maternity punye tak jumpa pulak saiz kecik2 nih (sedih)..


Jadinye, bila try je jeans lama tu, ya Allah, happynye...muat tau..masuk cantik je kat kaki tu..ngam-ho la kata orang...tapiiiiiii...bile masuk tang pinggang je...alahmakkk...tak boleh nak kancing pulak..hahaha..same jelah, tetap tak boleh pakai..


Haih, takpelah..harap2 lepas bersalin nanti dapatlah saya pakai jeans tu balik..nak buang sayang pulak..abis nak buat camne?? sabar jelah ye...







Surah Bacaan Untuk Para Ibuk2 Hamil :)





  • Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati & kuat ingatan
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman – Untuk memperolehi anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
  • Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak yang cantik rupa & cantik akhlak
  • Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang   mengajak kepada maksiat.
  • Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
  • Kepentingan Memakan Vitamin Semasa Mengandung


    Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan mmakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera.
    Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.
    Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.
    Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil.

    Testing..


    As-Salam…
    Testing..testing..ohokk!
    Rasanya ni bukan pertama kali saya buat blog..dah banyak sangat kot..tp asyik terbengkalai je semuanya dan dibiarkan begitu sahaja..hehehe..tapi, since life dah maju sikit ni (dah jadi isteri & bakal jadi mak budak), rasa macam nak berblogging balik je...paling tidak pun nanti, update gamba baby jelah..hahahaha..so ade jugak la modal nak update blog kan (aku rase ramai jugak yg buat kaedah mengelat mcm nih) kehkehkeh..

    So, cukup la setakat ni je kot...sok-sok, kalau rajin saya update lg ye...
    kalau rajin lahhh...hehehe..

    Take care...!!!



    Popular Posts

    Recent Comments