Wednesday 19 September 2012

Aduhaiiiii..

As-Salam,

Lama rasanya tak update blog saya ni kan?malas melampau...hihihi.
Hari ni saya nak cerita sedikit pasal kehamilan saya. Nampaknya macam² masalah saya sedang hadapi sekarang. Dari masalah kejang kaki, lenguh², sakit pinggang sampailah masalah HB rendah, berat berlebih, dan yang terbaru, KENCING MANIS..

KENCING MANIS???

Ya Allah..memang tak sangka betullah saya boleh kena kencing manis. tapi harap² cuma ketika mengandung jelah. Jadi, checkup yang sepatutnya awal bulan depan terpaksa diawalkan kerana masalah kencing manis ni.  Saya berazam semalam adalah pertama & terakhir bagi saya minum air gula tapi kalau dah ada kencing manis ni, nampaknya potensi nak kena minum air gula lagi mmg la ada..aduhaiiii..seksa sungguh.

Nampaknya, bermula dari hari ini, saya kena kawal semua pemakanan saya. minum air kosong jelah ye..no ais, no ABC, Cendol & yang lain²..huhu

Daaa..


Tuesday 28 August 2012

Baju Raya - Episod 3



As-Salam,

Seperti yang dijanjikan, inilah dia baju & tema raya kami pada tahun ni...pink karerrr..hihihi..saya mengenakan batik caftan & suami macam lelaki lain lah, baju melayu cekak musang (warna pink ni dia yang pilih tau - sangat tak sangka).

Dikesempatan ini, saya & suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia & kepada kawan² tidak kira yang rapat atau yang jauh, saya memohon ampun & maaf sekiranya selama berkenalan ini saya ada melakukan kesilapan.

Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu kegembiraan kepada kita semua..Aamiin..


Tuesday 14 August 2012

Baju Raya - Episod 2


Opss.. ni je yang boleh ditunjuk dulu.. nak gambar penuh kena tunggu raya :)




Kasut raya Timberland mak buyung.. Pink lagi tau :)


Daaaa...

Friday 27 July 2012

Koleksi Mata Tipu Saya :)

As-Salam,

Hi, semua..
Hari ni tengah bosan di Office, jadi tak tahu nak buat apa, maka saya nak buat entry pasal contact lens lah.. Boleh??hihi..

Oh, untuk pengetahuan anda, saya memang rabun jauh ye..huhu.. Jadinya, siapa² yang berhajat nak pakai untuk bergaya² raya tahun ni, boleh la cuci² mata dulu kat sini ;)

Antara koleksi contact lens saya :-


1) Geo Magic Color - 3 tone (brown)
satu²nya gambar yang saya ada masa pakai contact lens ni.  pakai sekali 2 sahaja sebab tak suka warna dia. mata nampak macam mata ular..boleh gitu?hihi.



2) Geo Magic Color - 3 tone (grey)
saya suka warna dia.  agak lama pakai untuk warna grey ni sebab tak obvious sangat. tapi kalau nak lagi cantik kena pakai dengan eyeliner. baru menyerlah sikit warna dia.  Tapi kalau tak nak pakai eyeliner pun takpe, cantik jugak mata tu..hihi



3) Freshlook Colorblends - Brown
Yang ni pun cantik & buat mata nampak sangat natural. So, takdelah segan sangat nak pakai untuk yang baru nak cuba² tu..kan?


Tu sajalah color contact lens yang saya pernah ada & pakai selain daripada softlens B&L.  Bagi saya Geo sangat selesa dipakai & sangat lembut rasa macam tak pakai apa² di mata.  coraknya pun tak mengganggu pandangan mata. sebab sesetengah corak color contact lens membuatkan mata seperti penuh dengan taik mata..huh, sangat tidak selesa.  

Untuk Freshlook pulak, contact lens dia lembut juga macam Geo tetapi cepat terasa kering di mata. Saya pun tak pasti kenapa, adakah kerana kandungan airnya yang sedikit atau memang mata saya jenis cepat kering?  hmmm..

Raya tahun ni saya ingat nak cuba warna yang lain untuk Freshlook.  Harap² warna dia sesuai dengan muka saya.  Nak tau warna apa? haaa..nanti saya update kemudian ye..hihi.

Daaa.. 


7 Ramadhan

As-Salam,

Alhamdulillah, hari ni genap seminggu kita mengerjakan ibadah puasa.  Ini adalah pengalaman pertama saya berpuasa sebagai seorang isteri & ibu hamil.  Ianya memang satu pengalaman yang agak mencabar bagi saya.  Yelah, sebelum ni puasa orang bujang kalau ketika bersahur tu makan ala kadar je.  Minum air je pun sudah cukup. hihi.  Tapi bila dah bersuami ni kena lah bangun pukul 4 pagi untuk memasak.  Mengantuk tapi saya gagahkan juga.

Sama halnya dengan berbuka.  Balik dari kerja tak sempat nak tukar baju terus ke dapur untuk memasak.  Kalau dulu masa bujang memang hari² layan lauk bazaar. Tapi sekarang ni layan lauk bazaar 2 hari yang pertama je.  Lepas tu dah tak selera dah nak layan. Kena masak jugak baru ada selera nak makan.

Menu berbuka pun taklah semeriah mana.  Masak yang simple² sahaja.  Cuma kuih-muih & air tu memang beli di bazaar la.  Beli pun tak banyak cuma 2 jenis kuih sahaja. Sepanjang bulan puasa ni saya tak pasti samada saya makan cukup banyak atau tidak.  Yelah, saya kan mengandung, risau juga kalau tak cukup makan.  Kesian baby saya nanti.

Ketika berbuka saya cuma makan nasi, kuih seketul dua dan air 2 gelas sahaja.  Lepas tu saya berehat (almaklumlah letih bekerja & memasak).  Pukul 10 atau 11 malam saya sambung makan kuih & minum 2 gelas air lagi & lepas tu masuk tidur.

Bila bersahur, saya cuma makan nasi, sebiji kurma (2 biji kalau larat sebabnya saya tak suka kurma), kuih (baki masa berbuka), segelas air panas (teh atau milo), air kosong dan segelas air yogurt.  Oh, tak lupa juga, sebiji pil Obimin. Ini sahaja rutin pemakanan saya setiap hari sepanjang bulan puasa ni.  Harap² mencukupi lah. Aamiin.

Hmmm..
Ibu² mengandung yang lain macam mana? makan banyak tak??

Friday 20 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan


Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi :) 

Semoga Ramadhan kali ini kita memperolehi keberkatan & rahmat daripada-Nya

"Baby, mulai esok kita kena puasa tau...siang tak boleh makan..malam je yang boleh..baby tahan ye, sayang.."




Thursday 19 July 2012

How can I sleep better in my second trimester?


Switch to sleeping on your left side 

This is a more comfortable position for you as your bump grows bigger. After 16 weeks of pregnancy, sleeping on your back isn't such a good idea, because your baby is pressing on your blood vessels. 

Try lying on your left, with your knees bent up and two or more pillows placed between your knees to keep you comfortable. This keeps the pressure off the muscles around your hips and pelvis

One small study has suggested that women who go to sleep on their left side are less likely to have a stillborn baby than those that sleep in any other position. 

However, we don't understand what exactly causes stillbirth and many factors are involved. This study only looked at sleep-related factors, such as snoring, getting up to go the loo, as well as sleeping position. More research is needed into sleep patterns before we can draw any firm conclusions over sleeping positions. 

If you wake up in the night and find yourself lying on your back, just turn over to your left side again to go back to sleep. You could try using pillows to help prop you onto your left side and to stop you rolling onto your back at night. 

Get into a routine 
Try to have a regular bedtime. Although it's tempting, it's best not to have long lie-ins in the morning. You'll only find it harder to nod off at night. 

Wind down at the end of the day 
Take some time to relax as night-time approaches. Don't do strenuous exercise or watch a scary film just before turning in. Have a bath, a warm milky drink, or read a book. Do whatever helps you to relax at night and try to repeat the same pattern each evening. 

Read our article on tips to get a good night's sleep during pregnancy

Thanks Babycenter Malaysia :)

Tuesday 17 July 2012

Baju Raya - Episod 1

As-Salam,

Fuhh!! semenjak dua menjak ni saya agak sibuk sikit..bukan sibuk apa pun, sibuk mencari baju raya. hahaha. Sebelum dapat tau saya mengandung, saya bercadang tema baju raya tahun ni nak guna warna dark purple sebab saya masih simpan kain lace yang dibeli di Bandung 2 tahun lepas.  Ingatkan nak guna masa bertunang, tapi memandangkan kami tak bertunang dan terus nikah je tahun lepas, saya plan nak pakai untuk raya tahun ni lah...tapi nampaknya tertunda lagi nak pakai lace tu sebab sekarang saya dah mengandung..hihihi..sayang pulak nak buat kain lace tu jadi baju maternity sebab nanti dah tak boleh nak pakai lepas nitakpelah, tahun depan jelah saya buat kain lace tu ye..

Bila sebut pasal baju raya, kalau nak tempah kena la awal² kan? tapi kalau tempah awal² saya pun tak tau ukuran badan mcm mana mase raya nanti..jadinya, untuk jalan selamat beli express sajalah bila nak raya nanti..Warna apa tu tak tau lagi kena tengok lah mana baju yang berkenan di hati, lepas tu baru beli baju melayu untuk hubby yang sedondon gitu :P

Hah, tu yang sibuk tu sejak dua hari ni...walaupun puasa belum lagi bermula, saya dah sibuk nak cari baju raya. hahaha. bukan nak beli sekarang pun, saya cuma survey² je. Jadinya bila nak beli nanti dah tau dah nak yang macam mana, dah tau nak cari kat mana, dah tau fesyen yang tengah In sekarang ni kan..tak gitu?hekhekhek..

Tapi yang pasti, tahun ni nak cari kaftan sehelai... :)

Daaa...

Thursday 12 July 2012

Entry Gedik :P

As-Salam,

Yeay, hari ni hubby saya balik.. rindu sangat² kat dia, tau..Sebenarnya semalam dia ke Kemaman atas urusan kerja katanya. Saya nak ikut tapi dia tak bagi sebab pergi kejap je. Lagipun cuti saya pun dah tinggal sikit. Jadinya tak dapat la saya ikut dia ke sana. meraung jugak lah kat rumah sorang². (haha. gedik & sungguh mengada² mak orang nih)..sorry, pembawakan gamaknya..hihi

Oleh kerana itu, hari ni dia merasuah saya dengan sata & keropok lekor..hmmm, jadiklahhh daripada takde..kan??kan??kan??

Daaaa..

Lalalakerjalah...




Haih, bosannye kat ofis hari ni..nak main kamera kejap lah..:P
(nampak tak baby bump yang comel itu??) hihi.

Popular Posts

Recent Comments