Friday, 27 July 2012

Koleksi Mata Tipu Saya :)

As-Salam,

Hi, semua..
Hari ni tengah bosan di Office, jadi tak tahu nak buat apa, maka saya nak buat entry pasal contact lens lah.. Boleh??hihi..

Oh, untuk pengetahuan anda, saya memang rabun jauh ye..huhu.. Jadinya, siapa² yang berhajat nak pakai untuk bergaya² raya tahun ni, boleh la cuci² mata dulu kat sini ;)

Antara koleksi contact lens saya :-


1) Geo Magic Color - 3 tone (brown)
satu²nya gambar yang saya ada masa pakai contact lens ni.  pakai sekali 2 sahaja sebab tak suka warna dia. mata nampak macam mata ular..boleh gitu?hihi.



2) Geo Magic Color - 3 tone (grey)
saya suka warna dia.  agak lama pakai untuk warna grey ni sebab tak obvious sangat. tapi kalau nak lagi cantik kena pakai dengan eyeliner. baru menyerlah sikit warna dia.  Tapi kalau tak nak pakai eyeliner pun takpe, cantik jugak mata tu..hihi



3) Freshlook Colorblends - Brown
Yang ni pun cantik & buat mata nampak sangat natural. So, takdelah segan sangat nak pakai untuk yang baru nak cuba² tu..kan?


Tu sajalah color contact lens yang saya pernah ada & pakai selain daripada softlens B&L.  Bagi saya Geo sangat selesa dipakai & sangat lembut rasa macam tak pakai apa² di mata.  coraknya pun tak mengganggu pandangan mata. sebab sesetengah corak color contact lens membuatkan mata seperti penuh dengan taik mata..huh, sangat tidak selesa.  

Untuk Freshlook pulak, contact lens dia lembut juga macam Geo tetapi cepat terasa kering di mata. Saya pun tak pasti kenapa, adakah kerana kandungan airnya yang sedikit atau memang mata saya jenis cepat kering?  hmmm..

Raya tahun ni saya ingat nak cuba warna yang lain untuk Freshlook.  Harap² warna dia sesuai dengan muka saya.  Nak tau warna apa? haaa..nanti saya update kemudian ye..hihi.

Daaa.. 


No comments:

Post a Comment

Komen yang baik² je tau...

Terima kasih :)

Popular Posts

Recent Comments