Friday, 27 July 2012

7 Ramadhan

As-Salam,

Alhamdulillah, hari ni genap seminggu kita mengerjakan ibadah puasa.  Ini adalah pengalaman pertama saya berpuasa sebagai seorang isteri & ibu hamil.  Ianya memang satu pengalaman yang agak mencabar bagi saya.  Yelah, sebelum ni puasa orang bujang kalau ketika bersahur tu makan ala kadar je.  Minum air je pun sudah cukup. hihi.  Tapi bila dah bersuami ni kena lah bangun pukul 4 pagi untuk memasak.  Mengantuk tapi saya gagahkan juga.

Sama halnya dengan berbuka.  Balik dari kerja tak sempat nak tukar baju terus ke dapur untuk memasak.  Kalau dulu masa bujang memang hari² layan lauk bazaar. Tapi sekarang ni layan lauk bazaar 2 hari yang pertama je.  Lepas tu dah tak selera dah nak layan. Kena masak jugak baru ada selera nak makan.

Menu berbuka pun taklah semeriah mana.  Masak yang simple² sahaja.  Cuma kuih-muih & air tu memang beli di bazaar la.  Beli pun tak banyak cuma 2 jenis kuih sahaja. Sepanjang bulan puasa ni saya tak pasti samada saya makan cukup banyak atau tidak.  Yelah, saya kan mengandung, risau juga kalau tak cukup makan.  Kesian baby saya nanti.

Ketika berbuka saya cuma makan nasi, kuih seketul dua dan air 2 gelas sahaja.  Lepas tu saya berehat (almaklumlah letih bekerja & memasak).  Pukul 10 atau 11 malam saya sambung makan kuih & minum 2 gelas air lagi & lepas tu masuk tidur.

Bila bersahur, saya cuma makan nasi, sebiji kurma (2 biji kalau larat sebabnya saya tak suka kurma), kuih (baki masa berbuka), segelas air panas (teh atau milo), air kosong dan segelas air yogurt.  Oh, tak lupa juga, sebiji pil Obimin. Ini sahaja rutin pemakanan saya setiap hari sepanjang bulan puasa ni.  Harap² mencukupi lah. Aamiin.

Hmmm..
Ibu² mengandung yang lain macam mana? makan banyak tak??

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik² je tau...

Terima kasih :)

Popular Posts

Recent Comments